Sunday, July 1, 2012

SEPETANG BERSAMA TEH


Lama aku tercegat berdiri di depan pintu pagar rumah. hari dah semakin petang "Nak masuk ke tak nak ni?" aku menggumam sendirian. Entah sudah berapa lama aku tercegat di situ. Keriuhan orang lalu lalang di sekeliling, anak-anak seumurku balik dari sekolah, yang dewasa pula pulang keletihan dari kerja, mencari rezeki buat menyara diri. Fikiranku masih satu, 'masuk ke rumah atau tidak' kalau aku tak masuk, jawabnya aku harus kembali ke asrama, kalau aku masuk pula aku harus berdepan dengan umi. Umi pasti akan terkejut melihat kepulanganku. Kelmarin cuti pertengahan semester baru sahaja tamat, kelmarin umi juga yang menghantar ku ke asrama. Bagaimana aku akan berdepan dengan umi, menyatakan sekali lagi hasratku yang ntah sudah berapa kali aku luahkan. Tadi dalam resit pembelian barang jam tertulis 4.45 PM. Anggaranku sekarang jam mungkin sudah detik 5.30 PM. Air yang ku beli untuk berbuka puasa sudah habis, akibat kusutnya fikiran sampai terlupa yang diri berpuasa. Nasib baik tak sengaja, dan bukan puasa wajib. "Huh! tak boleh jadi ni. Kalau balik asrama, nanti sudah pasti di tahan pengawas kemudian akan berdepan dengan Cikgu Mat. Esoknya pula ke Bilik Glamour lagi ~ nama lain untuk bilik disiplin. Adiiik..kuaaat!!" aku mula menggerakkan tanganku membuka pintu pagar rumah. Dalam hati ada cinta, eh salah! dalam hati ada bayangan umi laa.. Sewaktu mengeluarkan kunci pendua gril pun tanganku sudah bergetar seperti orang menghidapi Parkinson lagakku. Takut dimarahi umi, takut mengecewakan umi, takut umi hantar semula ke asrama, takut segala macam perasaan. Tau takut, tapi buat jugak! Aku menolak daun pintu, alamak! Kunci! 'nak bagi salam ke tak?' Huh.. bercermin di pintu sekejap. Kakak-kakak dan abangku juga duduk di asrama, sekolah mereka pun lebih jauh dari rumah, tapi aku? Aku tak nak! Aku mahu di rumah. Semenjak masuk tingkatan satu setiap minggu atau dua minggu sekali aku akan menelepon umi, tujuan menelepon? bertanya khabar itu cuma tambahan, isi utamanya minta izin pulang ke rumah. Tiba-tiba pintu dikuak,aku yang belum habis berangan-angan terus senyum. Senyum kelat, senyum tawar, senyum pahit, senyum takut, sukar ditafsirkan senyumanku waktu itu. Apa yang aku tahu, untuk menutup gugup aku harus senyum. Umi di muka pintu melihatku dengan penuh persoalan. Aku pula, meluru masuk naik ke bilikku. Diam seketika. Dari bilik kedengaran suara umi seperti sedang berbual dengan seseorang. Fikiranku kosong seperti kosongnya bilik ini, aku tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi. Aku rasa bersalah melihat wajah umi yang menyambutku penuh dengan persoalan. Tapi aku tahu, umi pasti faham mengapa anak bongsunya di muka pintu tadi. Pastilah, seperti permintaannya selama empat tahun di sekolah itu, PINDAH! "Adik!" jelas kedengaran suara umi dengan nada tegas memanggilku. Terasa senak perutku menahan gugup. Ya Allah, apa yang akan terjadi? kenapa umi panggil adik? Janganlah marah adik. Aku segera ke ruang tamu. "Ya, umi." "Kenapa adik balik? kan baru jak sekolah kelmarin?" umiku yang berketurunan Kadazan Dusun itu masih pekat loghatnya, walaupun sudah bertahun-tahun tinggal di semenanjung. Aku diam. Terasa kerongkonganku tersekat untuk bersuara. "Adik mau pindah Kedah?" 'hah! kenapa kedah? adik nak duduk kat rumah je, sekolah harian, tapi..kedah pon..ok lah =)' "Cakap! Kenapa diam?" Oh, baru aku tersedar! Suara tadi hanya aku yang dengar. Aku mengangguk. "Esok ambil surat berhenti sekolah, umi tak nak urus apa-apa. adik uruslah semuanya sendiri." huuuhh..Lega. "Dah ambil, cuma belum dapat tandatangan" spontan mulutku bersuara. Aku pun terkejut!
Itulah alkisahnya macam mana aku boleh pindah dari SMKA INANAM ke SMKA YAN. Menikmati teh sambil ingatan ni jauh melayang memutarkan kisah-kisah lalu. Masa tak akan berulang lagi. Macam kata-kata hikmah Imam Al Ghazali. Yang dekat itu MATI, YANG JAUH ITU MASA, Yang besar itu NAFSU, Yang berat itu AMANAH, Yang indah itu SOLAT, Yang tajam itu LIDAH

No comments: